Selasa, 7 Julai 2009

Mukadimah

Assalamualaikum, kepada rakan-rakan guru sekalian. Terlebih dahulu Ikin ingin ucapkan syabas kerana sanggup turun menyahut cabaran mendidik anak bangsa. Walaupun telah merentas pelbagai zaman perubahan tapi masih akur dengan tuntutan mendidik tanpa mengenal penat dan jemu atau mengeluh kesah . Wahai rakan-rakan guru , kita sebagai pendidik , marilah kita sahut cabaran yang mendatang dengan usaha gigih kita demi anak bangsa, walau badai yang menimpa , walau apa jua rintangan yang mendatang, sesungguhnya masa depan anak bangsa kita adalah acuan daripada didikan kita. Sabarlah dalam mendidik ilmu, dakaplah mereka seperti anak-anak kita sendiri. Buruk dia buruklah imej keguruan kita. Orang akan menuding ke arah kita , apa peranan kita sebagai pendidik. Kalau ia berjaya kita turut menumpang gembira kalau gagal bersedihlah kita.
Aduhai rakan guru sekalian ingatlah janji yang kita ikral dulu. Sesungguhnya kitalah penyambung warisan yang akan meneruskan perjuangan ini. Tahniah kerana masih gigih menyahut cabaran yang semakin besar demi mendidik anak bangsa kita.

Ingatlah rakan guru , cabaran yang mendatang kadang-kadang memaksa kita menahan tangis dalam hati. Mendidik anak zaman sekarang yang tidak boleh dimarah, ditegur apatah lagi dipukul atau dicubit. Tersalah cakap atau tersilap kata kita dinesta, dibodohkan, diherdik oleh ibu bapa mereka. Apakan daya kita, kalau kita terlambat keluarkan mereka ketika habis kelas , habis dimarahnya cikgu. Hati kecil kita ingin mendidik mereka tetapi disalahertikan. Duhai ibubapa di luar sana tiada seorang guru pun yang membenci anak didiknya melainkan semua menggangap anak-anak mereka seperti anak sendiri. Mereka ingin mereka berjaya seperti ibubapanya sendiri tapi berilah peluang kepada guru untuk bebas memilih acuan sendiri dalam mendidik mereka. Percayalah mereka , berilah guru sedikit ruang . Ucapan terima kasih diucapkan bagi mereka yang mengerti dan memahami hati kecil guru.

Rabu, 25 Mac 2009